Friday, 16 November 2012

Ahlan Wasahlan, Cinta.. ! (part2)

     " Kenapa muka macam tapai basi ni? " Pelik Raudhah melihat adiknya dari tadi mencuka. Dia yang baru balik daripada pasar pagi pun Nurjana buat ' derk ' aje. Selalunya rih menolong memasak sama.
     " Sakit hati ! "
     " Dengan sape ? "
     " Orang sebelah tulah ! Tak habis-habis cari pasal ! " Nurjana tahu kenapa Izham suka sangat cari pasal dengannya. Teringat lagi masa pertemuan pertama mereka.
     " Assalamualaikum awak. " Seorang mamat kacak menegurnya sewaktu dia sedang menyiram bunga.
     " Waalaikumsalam, ya? Cari sape? "
     " Saya penghuni baru dekat sini. Dari KL. Boleh tak tolong saya carikan rumah pak cik saya ? "
Penuh sopan Izham memulakan bicara. Dan Nurjana! Sudah terbang ke langit ketujuh. Boleh...boleh sangat! Hatinya berbisik riang. Gatal!!!
     " Rumah pak cik awak yang mana satu ye? Nama pak cik awak siapa ? "
     "Nama sebenar saya tak ingatlah awak, tapi nama glamour pak cik JOhn. Ciri-ciri rumah dia pun saya tak ingat-ingat lupa. Tapi yang pasti, warna putihlah cat rumah dia. " tipu Izham. Terpaksa... tipu sunat! Terdesak ni! Hatinya terpaut mlihat wajah manis ini, dan ini sahaja caranaya untuk dia bersembang lebih lama dengan gadis ini. Sebenarnya rumah yang dicari sudah jumpa.
     " Pak cik John ? Takde orang nama pak cik john sini? Cat putih? Dekat area ni hampir semua cat warna putih! "
Akhirnya dengan rela hati campur teruja Nurjana menemankan Izham tawaf hampir satu taman rumah pak cik John dan berborak. Berboraklah mereka sepanjang perjalanan. Namun rahsia Izham kantoi apabila mereka terserempak dengan Pak Cik Kamal yang sedang menaiki motor. Izham sudah menepuk dahi! Kantoi....
     " Izham ! Hah, sampai pun kamu... Laa..apa kamu buat dekat sini? Kan pak cik kata rumah pak cik yang warna merah garang tu. Hah, ni kamu dating dengan Jana tak cakap pun. Ada apa-apa ke ni? "
Nurjana waktu itu rasa hendak baling sahaja kasutnya tepat ke muka Izham. Hampir setengah jam tenaganya dihabiskan semata-matahendak menolong, namun dia pulak yang tertipu. Rupanya rumah yang Izham cari sebelah rumahnya aje. Bengang punya pasal dia tinggalkan sahaja Izham dengan Pak Cik Kamal. Geram betul!
 Sejak dari itu, bermulalah episod Izham pujuk memujuk dan memohon maaf namun Nurjana buat ' derk ' aje. Penat memujuk, Nurjana tak layan. Itu yang mereka asyik bermasam muka dan lancarkan perang dingin. Hari-hari tanpa henti. 24 jam... non stop! Sukar nak dibayangkan!!
     " Hah! Gelaklah... gelak! " rajuk Nurjana. Raudhah menutup mulutnya cepat-cepat. Sisa air mata dilap dengan tisu. Nanti tak pasal-pasal selipar jepun Nurjana melayang kearahnya.
     " Yang Jana pergi serang Izham pagi-pagi tu kenapa? " soal Raudhah pelik.
     " Masalahnya dia boleh goreng gitar kuat-kuat dekat atas pokok. Dahlah tempat strategik tu dekat sebelah tingkap Jana. Mana Jana tak angin, Kak ? "
      Tawa Raudhah pecah lagi. Nurjana mencebik.
     " Bilalah dia nak pindah rumah ye,kak? " Raudhah mencubit Nurjana.
     " Adoi ! "
     " Ada pulak cakap macam tu. Izham tu kan arkitek. Pak Cik Kamal kata kena tinjau tapak projek dekat area ni. Akak suka apa tengok Izham tu. Handsome,baik. Kamu aje yang anti dengan dia. Hah.......! Izham suka Jana kot ? "
     Nurjana tarik muka 44.
     " Mengarutlah akak ni... "
     " Tapi Jana... ada kisah lelaki dan perempuan yang syik bergaduh akhirnya jadi kekasih. Hidup bahagia hingga ke akhirnya. "
     " Akak dengar dekat mana ? "
     " Akak baca novel. Novel cinta. Hehe .. " Raudhah tersengih.
     " Ermm , patutlah ! "
     " Akak harap korang pun jadi macam tu jugak. Mohon Allah makbulkan. "
     " Semoga Allah jauhkan.. Amin! "

BUKAN itu sahaja, Mak Cik Leha, jiran depan rumah Nurjana pun pernah tempias peprangan Nurjana dan Izham. Ceritanya begini.
     " Hei ! Apa main sembur-sembur air ni? " Izham ketika itu sedang bermain bola sepak dengan Najmi, anak Mak Cik Leha. Nurjana yang sedang menyiram bunga di halaman rumah buat-buat terkejut.
     " Alamak! Tersalah sasaran pulak hos air ni. Terkena baju awak ke ? Sorry....."
Dia menyembunyikan senyuman. Sebenarnya dia sengaja halakan getah paip ke arah Izham. Balas dendamlah kononnya.. Hehehehe !!
     Tiba-tiba, sebuah bola melayang betul-betul tepi kepalanya. Mak kau! Siapa yang bagi piring terbang ni? Cuba kalau kena kepala Nurjana tadi, tak ke naya?
     " Siapa yang baling bola ni? "
     Nurjana berpaling ke belakang dengan muka garang.
     " Errr... Abang Izham. " Dalam pelat, Najmi yang berusia 3 tahun menunjukkan jarinya ke arah Izham. Izham buat muka selamba , tak bersalah!
     " Woiii ! Main kasar nampak?! " Nurjana bersuara geram!
     " Opsss.. tersalah sasaran pulak. Bola tu kena ke ? I'm sorry.... "
     Nurjana memasamkan muka tanda protes. Izham dan Najmi pulak ketawa.
     " Akak, Abang Izham mintak maap. Ia tak engaja. " Najmi berkata lagi.
     " Abang Izham ate, tak aik arah-arah. Nanti cepat tua ! " tambah Najmi lagi. Nurjana tersenyum kecil. Betul! Betul! Aku setuju! Kalau aku tua sebelum usia... Izhamlah puncanya!!
     Dalam pada itu, Nurjana ligat mencari idea hendak membalas dendam. Dia berfikirkan sesuatu, dia mengangkat getah paip..... dan. Tahu-tahu jelah !

     " JANA, akak buat majlis hari jadi kecil-kecilan nanti untuk Hari Jadi akak. Akak jemut Izham sekali. Raudhah tersenyum girang. Nurjana turut tersenyum sama. Eh.. sekejap! Izham? Izham mana? Izham mana lagi, Izham musuh ketatnya itulah! Tidak !!!!!!!!!!!
     " Hah? Akak jemput Izham sekali? "
     " Errr, aah.. " Raudhah mengangguk perlahan-lahan sambil tersengih-sengih.
     " Izham jiran sebelah rumah kita tu ? " Nurjana menyoal lagi. Raudhah mengangguk lagi.
     " Izham ? Akak jemput dia ????? "
     " Aduh... Jana! Berapa kali akak kena angguk ni? " Raudhah pelik betul kenapa Nurjana dan Izham perlu melancarkan perang dingin sesama sendiri. Bagi Jana pula, sebabnya sudah jelas! Izham yang hari-hari cari pasal tanpa putus asa. Bukan dia yang mulakan.
     " Alah, akak1 Mana boleh jemput dia. Dia tu tiga suku,kak! Percayalah cakap Jana! "
     " Eh, pasal apa tak boleh pulak? Ini hari jadi akak. Dah jangan nak banyak bunyi. Esok Jana kena tolong akak dengan Izham buat persiapan majlis. Noktah. "
     Nurjana memasamkan muka tanda protes. Tetapi Raudhah buat tidak tahu. Dia menyembunyikan senyuman rahsia. Mungkin inilah masa yang sesuai untuk dia mengkenen-kenenkan Izham dengan Nurjana. Hehehe......

Keesokannya......
     "Izham , awak gantung belon tu senget. Atas lagi. " kome Nurjana selamba.
     " Macam ni ok ?"
     " K.O masih senget lagi . "
     Izham mengerut dahi.
     " Mana ada belon ni senget. Kepala awak tu yang senget. "
     " Eh,eh.. cakap tu baik-baik sikit ek. "
     Raudhah yang sedang bertungkus-lumus memasak di dapur hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya. Itu takde kerja lainlah tu..
    Pagi tadi habis satu dapur berkecah Izham dan Nurjana ' kerjakan '. Sebagai denda, mereka terpaksa mengemas dapur sama-sama. Itupun mulut mereka masih tak henti bertekak.
     Niat di hatinya hendak menyatukan mereka, tetapi lain jadinya. Hai... tak menjadi jugak taktik aku.
     " Lelaki memang tak pandai menghias, terima jelah kenyataan. "
     " Saya rasa awak tak pernah tengok cerita deko idaman agaknya, awak tengok pereka dalaman siapa! Hampir semuanya lelaki.. "
     " Mana ada semua lelaki! Macamlah perempuan tak reti. "
     " Awak faham tak perkataan hampir semua! Sebenarnya perempuan ni pandai komen aja! " balas Izham selamba.
     Nurjana berasa geram.
     " Sini saya buat. Awak tengok baik-baik macma mana perempuan buat kerja. Buaka mata besar-besar. " Nurjana memanjat tangga lantas membetulkan belon. Namun, malang tak berbau. Tangga yang dia berdiri goyang sedikit.
     " Jana.. hati-hati.. tangga tu... "
     " ......... goyang !" Nurjana landing dengan selamatnya di atas...... Ishh, ishh..
     " Asal awak tak cakap tangga tu goyang? " marah Nurjana.
     " Awak yang tak sedar awak dah gemuk. "
     " Hah? Ye ke? "
     " Tapi kan... boleh bangun dulu tak sebab kaki saya..."
     Nurjana baru tersedar. Rupanya dia landing di atas kaki Izham. Serentak itu juga wajahnya membahang. Malunya! Macam mana boleh tak perasan ni. [part2]

    
    

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum ^___^
Sila tinggalkan komen anda.
Komen anda amat membantu kami dalam berkarya lagi.. Komen anda amat kami hargai!

Like --> kalau suke!
Paiipaii Sayang Korang.. Muah muahh :)