Thursday, 15 November 2012

Ahlan Wasahlan, Cinta........ !

" Aku memang pencinta wanita ,
Namun ku bukan buaya ,
Yang setia pada seribu gadis ,
Ku hanya mencintai dia...... "

Nurjana menutup telinganya ! Bingit ! Orang nak tidur pun tak senang ! Nampaknya pagi Nurjana yang tenang telah menjadi haru-biru-ungu-kelabu ! Cuna ada satu nama sahaja yang selalu meragut keharmonian paginya........ Siapa lagi yang selalu ' memekak ' setiap pagi kalau bukan ........
    " Hoi , Afiq Izham ! Boleh diam tak ? " Nurjana melaung dari tingkap bilik.
Tapi nampaknya bukan makin senyap, malah makin kuat. Suara jiran sebelahnya memang boleh tahan. Sedap..... tapi masalahnya satu sahaja. Bunyi gitar yang bingit...... ! Nurjana mengetap bibirnya bengang. Aik ? Ini sudah lebih...
Dia mencapai tudung di atas katil. Ada perhitungan yang perlu diselesaikan.
     " Hai, adik manis ! Dah gosok gigi belum? " usik Izham. Nurjana mencebik.
     " Peduli apa saya ! Izham, boleh diam tak ? Nanti tak pasal-pasal gitar awak melayang saya kerjakan. " ugut Nurjana. Eleh, macamlah dia larat nak baling. Acah-acah aje.
     " Amboiii... garangnya. Eleh, kalau awak nak saya nyanyikan lagu untuk awak tu. Cakap jelah. Tak payah selindung-selindung. Suara saya merdu tau ! Irwansyah pun kalah.. "
Seronok dia melihat gadis manis itu menyeringai kemarahan. Ek eleh Izham, kalau dah suka tu cakap jelah suka.
     " Cakap dengan awak ni kan... memang menjengkelkan... ! "
     " Tapi cakap dengan awak buat hati saya berbunga-bunga. Sudi tak awak terima cinta saya ? " Izham mengacah-acah untuk men'tackle' Nurjana.
     " Tak hingin saya ! " Serentak itu juga wajah Nurjana membahang.
     " Kalau tak nak terima cinta saya pun takpelah .. Sekurang-kurangnya terimalah sebuah lagu. Pencinta Wanita dari saya. Izhamsyah.. ! "
Izham mula memetik gitar kuat.
     " Aku memang pencinta wanita..."
     " Awak ni memang menyakitkan hati ! " tempik Nurjana bengang sebelum masuk ke rumah, meninggalkan Izham ketawa berdekah-dekah. [ part1 ]

2 comments:

Assalamualaikum ^___^
Sila tinggalkan komen anda.
Komen anda amat membantu kami dalam berkarya lagi.. Komen anda amat kami hargai!

Like --> kalau suke!
Paiipaii Sayang Korang.. Muah muahh :)