" Errr.. Sorry, sakit ke ? "
" Taklah, sedap! " jawab Izham selamba.
Nurjana mencebik. Sedap ya? Hah, duduklah situ diam-diam! Malas aku nak tolong.
" Errr.. Saya okeylah. Awak okey tak? Dahsyat jugak ye orang perempuan buat kerja, sampai jatuh tangga. " usik Izham.
Dan Nurjana mencebik lagi. Ceh! Kurang asam! Sempat lagi dia bahasakan aku...
NURJANA menarik nafas lega. Akhirnya selesai juga misi membuat persiapan untuk hari jadi Kak Raudhah semalam. Dia menjenguk dapur dan melihat sebuah kek Secret Recipe perisa Blackforest. Ini tentu kek hari jadi Raudhah. Dia mengangkat kotak kek itu dan melihat isinya. Dia tersenyum.
" HAH !!! " Satu suara menyergah.
" Oh, mak kau pocot! "Spontan kek Blackforest hari jadi Raudhah terpelanting. Tangannya menjadi sejuk dan wajahnya berubah pucat. Memang satu kelemahan Nurjana sejak kecil memang pantang terkejut. Semua benda yang ada di tangan spontan akan terpelanting.
Nurjana terketar-ketar memandang gerangan pemilik suara yang menyergahnya tadi. Izham!!!!!
Izham terpacak di belakang pintu dapur. Kini pandangan mata mereka beralih ke lantai dapur. Tergamam. Tersentak. Terkesima. Namun sejuta maaf sekalipun belum tentu dapat mengembalikan kek blackforest yang sudah hancur dan kemik tiga bahagian itu tercantum semula!
" BAGI saya 100 sebab, kenapa awak mesti bermasam muka dengan saya? "
Nurjana berhenti melangkah, kemudian dia menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembusnya semula.
" Awak tanaya saya kenapa? Awak tahu tak kalau awak tak sergah saya tadi, kek Blackforest tu takkan terpelanting. Makannya kita tak perlu bersesat-sesat di SOGO ni semata-mata nak beli kek Blackforest baru. " Lajunya Nurjana berkata membuatkan Izham jadi kagum.
" Yelah... Kan dari 1 jam tadi, saya dah mintak maaf. Lagipun bukan salah saya 100 peratus, saya dah ketuk pintu depan , tapi awak yang tak dengar. "
" Masih belum cukup untuk buat hati saya sejuk. Sepatutnya saya boleh bersenang-lenang tidur pukul 3.00 ni. " Nurjana masih geram dengan Izham. Geram betul! Sebenarnya hatinya sudah sejuk sedikit tetapi sahaja dia hendak kenakan Izham. Hehehe.. !
Nurjana terus berjalan dan berjalan. Izham pula diam tak bersuara. Sudah penat memujuk Nurjana agaknya. Nurjana berpusing ke belakang. Izham sudah tiada! Alamak!
Izham kecil hati dengan diakah? Tak pun. Izham bertukar jadi invisible man dek kerana merajuk dengannya. Izham kena culik? Mengarutlah..
Apalah yang Izham ada sampai lelaki hendak culik dia? Kalau perempuan,tu lain lah..
Tiba-tiba, pengumuman pasaraya berbunyi.
" Kepada Nurjana bt. Arsyad, saya Muhammad Afiq Izham ingin membuat permohonan maaf secara terbuka. Sya Afiq Izham ingin meminta maaf kerana membuatkan awak terperanjat dan juga membuat awak menyeringai kemarahan. Biarlah saya jujur dan berterus terang sahaja. Sebenarnya saya begitu sebab saya suka lihat wajah awak waktu marah. Seriusly, cute! Nurjana, saya betul-betul cintakan awak tapi saya tak tahu awak cintakan saya atau tidak! Kalau awak cintakan saya, cari saya! Saya tunggu awak datang. Janganlah merajuk lagi, Jana! Saya dah penat memujuk. Jomlah kita beli kek Secret Recipe sama-sama. Nanti Akak Raudhah bertukar jadi singa malam ni! Saya ulang sekali lagi. Saya tunggu awak, Nurjana Arsyad! "
Pengumuman 2 minit itu mendapat sorakan ratusan pengunjung di SOGO. Pengumuman 2 minit yang boleh mencipta rekod di Guiness Book World of Records agaknya. Nurjana pula kaku di dalam kedai baju. Masih terkedu dengan apa yang didengarinya. Jurujual wanita itu mula risau melihat Nurjana seperti hendak pitam.
" Iz.. Izham, saya pun cintakan awak... "
NURJANA berjalan pantas ke ruang legar pasaraya. Dia mencari-cari satu sahaja wajah. Izham! Dia yakin dia cintakan Izham. Dia sangat yakin itu. Tiba-tiba, langkahnya mati melihat seorang wanita berpelukan tangan dengan seorang lelaki kacak. Air mata Nurjana gugur satu persatu walaupun daripada pandangna tepi, Nurjana kenal lelaki itu . Itu Izham!
Dia tidak jadi hendak melangkah dan dia mengundurkan langkahnya ke belakang dan segera keluar dari pasaraya tersebut. Rupanya, Izham cua mahu mempermainkan dirinya. Sampai hati awak, Izham.......
" JANA, betul ke Jana tak apa-apa ni? Jana demam ni.. "
Risau Raudhah melihat Nurjana berkelubung macam mumia sejak dari tengahari tadi.
" Dah 29 kali akak tanya, Jana ok... " balas Nurjana lemah. Hakikatnya dia tidak okey bila teringat dengan apa yang baru dilihatnya petang tadi.. Izham ada makwe lain rupanya. Izham tidak ikhlas menyintainya. Sememangnya dia demam gara-gara melayan rajuk di hati. Selepas lari daripada Izham dengan menaiki teksi. Suhu bandannya naik mendadak. Dia demam juga kerana masih terkejut dengan ' pengakuan cinta ' Izham melalui pengumuman. Hatinya jadi keliru bak lagu Nurul dan Ajai.
Oh........ alangkah sedihnya cinta.
" Jana, Izham nak jumpa Jana."
" Jana tak nak jumpa dia. Jana tak nak keluar. "
" Malam ni malam istimewa, malam ni hari jadi akak. Betul Jana tak nak keluar? Tak pelah, Jana dah tak sayang akak. Nak buat macam mana kan? "
Raudhah bersuara syandu. Nampaknya terpaksalah dia menggunakan taktik lain.
" Err.. bukan macam tu. " Nurjana sudah terasa suhu badannya naik mendadak. Nampaknya dia mesti menghadap muka Izham malam ni juga! Jangna sedih, Nurjana! Berusaha! Chaiyok!
" NURJANA! " Nurjana terpanar melihat Izham yang tampak sangat kacak dengan tuksedonya.
" Apa?! " Nurjana terasa tangannya semakin sejuk. Tentu Izham akan memutuskan cinta mereka. Eh.. bila masa pulak mereka bercinta? Semapat lagi hatinya melalut sendiri.
" Sampai hati awak kan.. " Izham bersuara lirih. Nurjana terkedu. Aik? Bukan aku ke yang patut cakap macam tu?
" Saya tunggu awak tengahari tadi datang dekat saya, cakap awak cintakan saya.. Rupanya baru saya tahu awak tak pernah cintakan saya. "
" Awak tahu tak, awak jahat, Jana! Curi hati saya dan awak pergi macam tu sahaja. " sambung Izham lagi.
Nurjana terpinga-pinga. Izham tengah hafal dialog ke?
" Hah?? Saya jahat? Bukan awak ke yang jahat. Awak buat pengumuman yang awak cintakan saya tapi bila saya datang, saya tengok awak dengan wanita lain. Macam tu ke yang awak panggil cinta? Awak yang beri harapan tapi awak juga yang menghancurkannya. " Nurjana menarik nafas lega selepas berbicara. Ni semua berkat rajin baca majalah. Ciplak ayat majalah sikit tadi. Hehehe...
Izham tiba-tiba tergelak besar. "Sekejap, sekejap! Ohhh.. pasal tu ke awak lari dari saya tadi? Saya rasa awak dah salah faham.. "
" Assalamualaikum.. " Satu suara tiba-tiba menyampuk. Nurjana tergamam melihat seorang lelaki bersama seorang wanita. Mukanya persis sepeti Izham!
" Inilah abang saya, kami kembar. Abang Adham. Ni isteri dia, Kak Izzah! Mesti awak nampak abang saya tadi kan? Abang Am ni degil! Kan Izham dah cakap, jangan pakai baju warna biru. Kan dah sama? "
" Alaa... sorrylah! Izham, abang saje je nak tengok awek kamu kata kamu cinta sejak dulu lagi. Ni ke orangnya? " Izzah dan Adham saling bertukar senyuman rahsia. Nurjana tergamam lagi. Kejutan demi kejutan yang diterimanya membuatkan wajah Nurjana jadi pucat lesi. Mungkin lepas ni aku kena telan panadol active fast. Agak-agak sebiji cukup tak? Izham dah lama suka aku? Mungkin aku patut telan sekotak panadol active fast.
" Kenapa awak tak cakap awak ada kembar? " Nurjana berbisik perlahan. Sedikit jauh dari Adham dan Izzah. Mak! Malunya!!
" Macam mana saya nak cakap kalau setiap kali saya nak bersembang dengan awka, awak larilah, sakit perutlah, kucing nak beranaklah.. " bebel Izham. Nurjana membebel. Hehehe.. Ye ke?
" So, awak nak terus terang tak?"
" Terus-terang ape? " Nurjana pura-pura tak paham.
" Yang awak cintakan sayalah! " Izham menjengilkan matanya. Nurjana seperti biasa buat muka seposennya.
" Mana ada saya cintakan awak. Perasan! "
" Eleh... yang tadi tu apa? 'Awak yang beri harapan dan awka yang hancurkannya' konon.. Kalau awak tak suka saya, takkan Kak Raudhah kata dekat bilik awka ada gambar saya. " usik Izham. Nurjana tarik muncung. Hisy.. hampeh betul Kak Raudhah ni. Tak boleh simpan rahsia! Kantoi.......
" Baiklah.. saya mengaku! Saya Nurjana bt. Arsyad sudah lama cintakan Afiq Izham. Sudikah Afiq Izham menerima cinta Nurjana sekarang? "
" Tak.. Afiq Izham tidak cintakan Nurjana sekarang. Tapi Afiq Izham cintkaan Nurjana dulu, sekarang, dan selamanya... Sampai nafas terhenti.. "
Izham dan Nurjana semudian sama-sama tertawa. Terimbas detik perkenalan mereka yang penuh dengan babak yang tidak romantis langsung. Mereka berjumpa, bergaduh dan akhirnya terciptalah cinta yang mans antara mereka. Manis ke?
" Tak sangka kita berdua sama-sama ada rahsia, saling menyintai! Kalau kita ' berdamai ' dari dulu kan senang!" ujar Izham. Nurjana mengangguk.
Tiba-tiba.......
" Sape yang nampak kek Blackforest Raudhah? Kek tu hilanglah! " Raudhah muncul dari dapur, bermuka serius. Izham dan Nurjana? Wajah mereka berdua sudah pucat lesi.
" Errr... awak tak belikan kek Blackforest tu ke? " soal Nurjana. Ishhh, ishh. Kesian akak Raudhah. Majlis hari jadi tapi takde kek. Kan ke haru?
" Ya Allah, saya betul-betul terlupalah, awak! " Izham menepuk dahinya.
" Habis.. 'rahsia' kita yang ni pula macam mana? " soal Nurjana risau.
" Takpe.. Jom kita jumpa Kak Raudhah sama-sama. Kalau dia marah, apa susah. Saya cakap Nurjana yang campak kek tu.. " sakat Izham sambil ketawa berdekah-dekah.
" Lepas tu, saya sambung, sebab ada orang gila sergah saya. " Nurjana tarik muka 14.
" Takpe.. awak ada saya, saya ada awak.. jom! " Izham dan NUrjana melangkah bersama-sama. Pada malam bersejarah ini , perang dingin sudah tamat dan mereka berdua sudah melancarkan perdamaian.
Ahlan Wasahlan, Cinta.. ! Semoga bahagia selamanya.. !
- TAMAT -




No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum ^___^
Sila tinggalkan komen anda.
Komen anda amat membantu kami dalam berkarya lagi.. Komen anda amat kami hargai!
Like --> kalau suke!
Paiipaii Sayang Korang.. Muah muahh :)