Monday, 3 December 2012

Misteri Cinta

      " Firzaa rasa nak pindah asramalah, bu.. " putus Firzaa membuatkan ibunya tersenyum lebar. Ayahnya sekadar mendengar sambil membaca surat khabar di tangannya.
        Puan Hasnah memandang tepat ke arah Firzaa sambl mengukirkan senyuman. " Alhmdulillah, baguslah tu. Jadi terima jelah tawaran asrama tu. " cadang ibunya.
       Firzaa sekadar mengangguk mengiakan. Memang dia bercadangan sebegitu. Tak mungkinlah dia menolak tawaran itu. Bukan senang mendapat tawaran asrama. Alhamdulillah, keputusan PMR nya menggembirakan hati kedua ibu bapanya, Puan Hasnah dan Encik Ibrahim.

KEADAAN di asrama membuatkan dia berasa amat selesa. Semua tanggapannya terhadap sekolah berasrama penuh ditepis jauh-jauh. Fikirnya, asrama amat bosan dan sebagainya tapi rupanya asrama sebaliknya.
      Langkah Firzaa terhenti apabila seseorang memanggilnya. Eh? Siap pula ni? Tak pernah nampak dia kat sini pun. Pelajar baru ke? Comel juga dia ni.
      " Tumpang tanya, bilik guru di mana? Saya pelajar baru dekat sini. So, saya tak tahu. Sesat pun ada saya dekat sini. "
      Kata-kata lelaki itu membuatkan Firzaa geli hati. Memang boleh sesat dekat sini. Nama pun sekolah besar. Lagi-lagi untuk orang baru seperti lelaki itu. Memang sesat tu akan terjadi. Samalah ketika dia pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah itu. Memang sesat!
      " Bilik guru? Terus je. Lepas tu belok kanan. Nampak tangga, naik kat tingkat satu. Jumpalah bilik guru. " jawab Firzaa ringkas sambil menunjukkan arah ke bilik guru. Entah lelaki itu faham atau tak.
      Mungkin lelaki mengerti agaknya. Asyik angguk je dari tadi. Fahamlah tu maksudnya. Malu bertanya sesat jalan.
      " Terima kasih ye. Thank you so much. " ucap lelaki itu sambil mengukirkan senyuman. Boleh kena penyakit angau tengok senyuman lelaki itu.
      Firzaa mengangguk sahaja. Lelaki melangkah meninggalkan Firzaa termenung di koridor SMSTI itu. Comelnya lelaki itu.


" LISTEN here. This is Danial. New transfer student. " terang Mrs. Hong. Semua pelajar di kelas itu berbisik sesama mereka.
      Terbeliak mata mata Firzaa. Lelaki tadi? Baya aku? Tak sangka..
      " Hai, assalamualaikum! Hopefully, kawan-kawan boleh tolong saya dalam pelajaran yang mungkin sudah banyak saya sudah ketinggalan. As you know, I'm newbies here. So, I will need some help in future. Tadi pun saya dah sesat. "
      Kedengaran tawa di kelas itu selepas mendengar ucapan lelaki itu. Kelakar juga lelaki itu. Yang buatkan Firzaa kagum. Bahasa Inggerisnya! Nak dibandingkan dengan Bahasa Inggerisnya. Aduh, masalah! Cakap rojak bolehlah si Firzaa. What your name? How are you? Itu jelah kot. Hehe..
      Ucapan 2 minit Danial itu mendapat sambutan baik daripada pelajar-pelajar 4 Intelek itu. Dalam diam, Danial tersenyum lebar. Dia tak menyangka dia boleh sekelas dengan gadis yang ditemuinya tadi. Tanpa disedarinya, dia menyimpan perasaan terhadap gadis itu. Siapa tahu jodohkan?
Danial tertawa sendiri dalam hati. Aik? Datang sini carik ilmu ke cari cinta, cik abang oii?


" KAU bawa buku sejarah tak? "
      Soalan cepumas jenis apalah dari si Azman ni. Mestilah dia bawa. Danial mengangkat keningnya. Kenapa pula?
      Danial mengangguk. Sudah tentulah dia bawa, nama pun duduk asrama. Gila tak bawa! " Kenapa kau tanya? Lain macam aje bunyinya tu. " Danial berasa saspen. Ingin tahu.
      Azman memandang kiri kanan dahulu sebelum memulakan bicara seperti apa yang akan dikatakannya nanti merupakan rahsia negara. Apalah si Azman ni!
      "Cikgu Sejarah kita tu garang. Siapa tak bawa buku, duduk luar. Belajar kat luar. " jawab Azman perlahan. Danial mengerutkan dahinya. Aik? Boleh pula!
      Bicara mereka terhenti apabila Encik Kassim memasuki ruang kelas itu. Sesi memeriksa buku dijalankan selepas pelajar 4 Intelek memberi salam. Danial mempercayai apa yang dikatakan Azman tadi. Betullah cikgu ni garang. Muka pun serius semacam.
      Pada sudut yang lain, Firzaa membongkarkan begnya berkali-kali. Entah berapa kali sudah dia membongkar begnya itu. Namun tiada juga buku Sejarahnya itu. Takkan tertinggal kut!Tingkah Firzaa yang kelam kabut itu disedari Danial.
      Berderau darah Firzaa apabila Cikgu Kassim sudah berdiri di hadapan mejanya. Nak jawab apa ni?
      " Mana buku awak? " Fizaa terkelu lidah. Tak mampu berkata-kata. Memang salahnya kerana tidak perasan bukunya tertinggal. Kesalahan tetap kesalahan. Diam sahaja jalan terbaik.
      " Saya tak bawa, cikgu. Maafkan saya. " kata Firzaa. Dia menundukkan kepalanya. Malu!
      " Siapa tak bawa buku, berdiri! " arah Cikgu Kassim tegas. Semau terdiam. Tak mungkinlah mereka mahu meninggalkan buku. Mahunya duduk luar kalau tak bawa buku.
      Danial menyimpan bukunya di bawah meja. Dia segera bangun. firzaa berpaling ke arah lelaki itu. Dia tak tahu lelaki itu sengaja berbuat demikian untuk bersamanya. Seingat dia, bukan tadi Danial bawa buku ke tadi?
      Atas arahan Cikgu Kassim, mereka berjalan ke arah pintu. Apalagi, duduk luarlah jawabnya sepanjang masa Sejarah.
      Dalam diam, Danial mengukirkan senyuman. Tak sangka dia sekarang berdiri di sebelah gadis itu.


" Tahniah, Danial sebab dapat nombor dua! "
      Danial tersenyum lebar. Apalah si Firzaa ni, dapat nombor satu pun dah berlagak. Baru penggal satu, okey?
      Ikutkan hati, Danial boleh saja betul semua tapi kecuaian berlaku. Aduhai, sayang. Sayang! Macam mana boleh cuai ni?
      " Yalah, awak lagi pandai dan seribu kali lagi panai dari si Azman tu. " Giliran Danial pula memuji. Jujurnya, dia gembira dapat rapat dengan si bijaksana Firzaa ni.
     " Saya pandai, awak pun pandailah. Thanks alot sebab ajar saya. " ujar Firzaa malu.
     " No biggie, dear! " kata Danial lembut. Firzaa tersenyum malu. Aduh, Firzaa oii !
Hatinya berdebar-debar. Jatuh cinta? Tolonglah jangan!


" KAMU da masa depan yang cerah! Take this moment untuk belajar bersungguh-sungguh. You're so good. Kamu ada perjalanan yang masih panjang. Jangan sia-siakan. "
      Nasihat ustaz yang ditemuinya semalam masih lagi terngiang-ngiang di telinganya. Firzaa tak habis fikir dibuatnya. Takkan ustaz tahu aku dengan Danial sekarang? Firzaa tepuk dahinya. Apa kau ni, Firzaa? Tak pernah pun kau dengan si Danial tu. Korang cuma rapat je.
      Pening kepala Firzaa dibuatnya. Apa yang patut dibuatnya? Jauhi Danial? Ya, betul tu! Mungkin itu yang terbaik. Cinta monyet jelah tu, Firzaa!
      Danial tahu apa sebab Firzaa sering menjauhkan diri daripadanya. Dia juga bersetuju dengan pendapat ustaz itu. Mereka masih muda. Sepatutnya masa ini, mereka gunakan untuk belajar dan untuk benda-benda berfaedah sahaja. Bukannya bercinta. Kalau dah jodoh mereka, Tak ke mana juga.
      Sebab itu juga dia menerima keputusan Firzaa untuk memutuskan hubunngan mereka dan mejauhkan diri sesama mereka. Bukan dia tak sayang, tapi itu yang terbaik.
      Lagi-lagi, gadis itu akhirnya mengambil keputusan untuk berpindah. Pada mulanya, dia agak terkilan. Sampai begitu sekali gadis itu tekad. Namun dia mengerti. Well, life must go on!


2 Tahun Kemudian..
      Firzaa tersenyum lebar melihat keputusan SPM-nya. Alhamdulillah, doanya termakbul. Terima kasih, Ya Allah!
      Cita-citanya untuk menyambung pelajaran ke luar negara tercapai. Bukan dia tak suka belajar di tanah air sendiri tapi inilah cara terbaik untuk melupakan Danial. Entah kenapa selama 2 tahun ini, dia tak boleh melupakan lelaki itu. Kuat rasanya kehadiran lelaki itu dalam hidupnya.
      Entah bagaimana lelaki itu sekarang. Lama rasanya tak bersua muka dengan lelaki itu.
Ahh! Firzaa! Stop it! Kata nak lupakan dia tapi sekarang ni kau duk fikir pasal dia pulak!


WELLINGTON ! I'M COMING !!!!
      " Firzaa, jaga diri baik-baik tahu, sayang! Telefon ibu bila-bila, tau? Belajar betul-betul kat sana ya, nak! "
      Macam-macam nasihat, pantang larang dan bla.. bla.. yang disampaikan Puan Hasnah tersayang. Maklumlah menghantar anak bongsu Puan Hasnah dan Encik Ibrahim ke luar negara untuk menyambung pelajaran merisaukan mereka. Entah apa yang dirisaukannya pun tak tahu.
      " Ya,bu, ayah! Janganlah risau. Kan ada Kak Long dengan Abang Ngah dekat sana. Firzaa okey punya.. In Shaa Allah! Ayah dengan ibu doakan Firzaa ya.. " kata Firzaa cuba menyakinkan ibu dan ayahnya.
      Susah pula hati dibuatnya. Pergi belajar dekat luar negara pun risau, bagaimana ni? Aiyoyo!
Selepas bersalaman dengan orang yang disayanginya, Firzaa melangkah meninggalkan mereka.
      Firzaa menarik nafas. Wellington, I'm coming!! Langkahnya yang tadinya lancar beransur perlahan tatkala melihat seseorang yang cuba dilupakannya berada di hadapan matanya.
     Danial!
     Sungguh tak percaya! Betullah, dunia ni kecil!
Bagaimana Danial boleh berada di KLIA ni? Jodoh ke atau sekadar kebetulan? Jelas sekali lelaki itu banyak perubahan. Sekarang lelaki itu lebih bergaya. Penampilannya boleh menarik mata-mata yang memandang termasuk dia sendiri. Rambut lelaki itu dipacak kemas. Lengan Kemeja-T dilipat hingga ke siku. Penampilannya sungguh segak!
     " Firzaa? " panggil lelaki itu.
Lamunannya mati apabila lelaki itu menegurnya. Lelaki itu juga tak menyangka akan bertemu gadis itu di sini. Lagi-lagi KLIA itu sungguh besar.
     " Daniel? "
         Lelaki itu hanya tertawa kecil. Dia benar-benar tak sangka akan menemui gadis itu di situ. Opss, tak sangka? Bukan sengaja....?
     Firzaa hanya tersenyum tipis. Dia terpaksa meminta diri. Dia sudah terlambat. Takut pula dia terlepas flight ke Wellington. Sudahlah tiket mahal sekarang ini.
     " Danial, I got to go.. " Firzaa meminta diri. Dia mulai mengorak langkah meninggalkan lelaki itu. Berat rasanya.
     Danial segera berpaling ke belakang. Kali ini dia tidak mahu lagi melepaskan gadis itu. Kali ini cintanya bukanlah cinta monyet. It's true!
     " NUR FIRZAA BINTI IBRAHIM, sudikah awak menjadi suri hati saya? " Jeritan kecil Danial didengarinya membuatkan lagkahnya terhenti. Jantungnya seperti mahu tercabut dari paksinya dibuatnya. Apa dia?
     Firzaa segera berpaling 45 darjah ke belakang. Betul ke apa yang didengarinya? Tak percaya..
     " Apa dia? " soal gadis itu.
     " Isyy.. tak dengar pulak! Seganlah aku.. " bisiknya perlahan. Matanya memandang sekelilingnya.Ya Allah! Giler nak ulangtayang!
     Firzaa memandang pelik ke arah Danial. Dia cakap apa tadi?
     " Errr....Firzaa! Sinilah sikit! " panggil Danial.
     Firzaa baru menyedari jarak mereka yang sejauh 10 meter. Ada mata-mata yang memandang. Ada juga yang tersengih-sengih. Apa agaknya yang difikirkannya? Isyy.. ni yang aku malas ni!
     Firzaa melangkah beberapa meter ke depan mendekati lelaki itu. Lelaki itu tersenyum lebar. Wah, senyuman itu! Senyuman sama yang diukir semasa pertama kali mereka bertemu. Rindu rasanya saat itu.
     Lelaki itu mendekatkan sedikit kepalanya ke telinga gadis itu yang dilitupi tudung biru lautnya. Manis sahaja gadis itu berhijab.
     " Firzaa, sudikah awak.. ermmm .. kahwin dengan saya? " bisik lelaki itu perlahan. Bibir Firzaa sedikit terukir senyuman. Tak percaya!
     " Errmmm... " Tak tahu apa yang patut dijawabnya.
     " Firzaa ? "
     Firzaa sekadar mengangguk. " Yupz ! Iwill.. " jawab gadis itu perlahan malu. Jawapan gadis itu membuatkan lelaki itu tersenyum lebar. Hatinya berbunga riang.
     " Tapi.. "
     " Ya, tapi kenapa? " soal lelaki itu terkejut. Aduh, ada tapi pula!
     " Kena tunggulah lepas Firzaa habis studylah dekat Wellington.. " jawab Firzaa. Danial tersenyum. Dia tak tahu ke aku pun study situ?
     " No worrieslah dear! "
     Firzaa mengangguk. Lega hatinya mendengar jawapan lelaki itu.
     " Okeylah, jom! Nanti kita tertinggal flight pula! " ajak lelaki itu membuatkan gadis itu kehairanan. Flight ?
     " Hah? Kita? What do you means? " soal Firzaa pelik.
     " Yalah, kita. wow! English awak dah lancarlah. Bravo! "
     Sempat lagi lelaki itu bergurau.
     " Jomlah .. "
     Firzaa kehairanan.
     " Kita satu flight? You also heading to Wellington? Same with me? "
     Lelaki itu mengangguk. Bertambah kerut dahi si Firzaa.
     " Yupz! Sama flight. Bukan awak seorang jelah yang heading to Wellington. Me too. " kata lelaki itu bergerak meninggalkan gadis itu kehairanan. Banyak soal betullah. Pelik sangat ke?
     " Jadi awak pun study sana? Stalk saya ye? " duga Firzaa. Danial mencebik. Macam dia seorang ajelah yang study situ. Sorry sikit, dia tak stalk, cuma ada mata-mata saja.
     " Apa salahnya? "
     Danial membuat muka tak bersalah. Isyy.. nasib baik comel!
     " Oh, maknanya mak dengan ayah pun terlibat juga? "
Danial mengangkat bahunya. Firzaa mendengus. Nampaknya semua terlibat. Buat malu ajelah!
Hahahaha .. Lelaki itu ketawa tanpa henti. Kelakar melihat muka Firzaa mencuka. Apalah salahnya kalau dia stalk pun? Untung juga. Dapat kahwin dengan Firzaa.. !
                          - E N D I N G -