Di sini jua,memori tercipta.Terlakar kisah kasih kami yang bagaikan tiada sempadan.Di desa ini,kami pernah menyulam cinta sehingga kudup cinta itu mekar di taman hati.Bersama kami duduk di tepi pantai,mengagumi indahnya senja ciptaan Tuhan.Penat berlari,kami duduk bertukar kisah kami.Mengimbau memori pertemuan kami yang tak ingin kami padam.Betapa segalanya masih basah dalam ingatan.
Di sini,kami pernah berbalas hujah dan salah seorang diantara kami pasti mengalah.Begitulah seterusnya sehingga akhirnya kami tertawa sendiri.Kami pernah mengatur langkah seiring mengharungi pahit manis kehidupan.Tertawa menangis bersama.
Betapa hanya padanya,kalimah cintaku bergetaran,memberi nafas dalam jiwa.Dan untukku,terkuntum indah lamaran cinta dari bibirnya,lewat ke jiwaku.Lantas,bahagia kami dalam sujud sepertiga malam membina cinta,menganyam harapan untuk membina mahligai atas keredhaanNya.
Pernah kasih berjauhan,namun dekat kami rasakan.Memang sudah suratan takdir,demi masa depan yang terindah,kami berpisah seketika.Ku tahu kala itu hatinya berkocak hebat tetapi senyumannya menutupi kesedihannya.Dia pernah meletakkan sebentuk cincin di jemariku.Katanya cincin itu bukan permulaan sebuah cinta tetapi lambang kasihnya yang tiada sempadan.Ada sinar cinta dimatanya tatkala itu.Dan rindu ini kami bawa bersama menjalani hari hari kami.Segalanya demi sebuah cinta.
Saat kami hampir menamatkan sebuah penantian,saat wangian firdausi sudah mula menyelubungi cinta kami,takdir licik menduga.Detik terindah kami direntap dalam sebuah kenyataan yang amat menyakitkan.Betapa aku tertikam bilah rindu dan kasih yang berpusar di lubuk hati.
"Lia."
Aku tersentak.seseorang memegang bahuku.Opah.Sebuah senyuman hambar ku berikan,selesu hatiku tatkala ini.
"Sudahlah tu Lia,rehatlah.Dah seharian Lia tolong Opah ajar budak budak ni mengaji.Lia pun baru sampai,kan?"
"Takpelah Opah,Lia tak kisah.Lia pun suka ajar budak budak ni mengaji.Minggu ini opah rehat puas puas."Kupeluk wanita berusia separuh abad itu erat.Pelukanku berbalas.Ku tahu opah menyalurkan semangat kepadaku.Semangat yang hampir hilang.
Azan asar sayup sayup berkumandang,mengajak manusia kembali kepada Tuhan Yang Satu.Air wuduk yang kuambil seakan membasuh kesedihanku.Asar itu,aku menjadi imam bermakmumkan opah.Ada rasa pilu menyerbu saat takbirku angkat.Sebak ku tahan biar lara di hati ini tidak tertanggung rasanya.Dan diatas tikar sejadah,aku larut dalam tangisan.




No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum ^___^
Sila tinggalkan komen anda.
Komen anda amat membantu kami dalam berkarya lagi.. Komen anda amat kami hargai!
Like --> kalau suke!
Paiipaii Sayang Korang.. Muah muahh :)